Cari @ Amanz

Samsung boleh dikatakan sentiasa hadir dengan pelbagai jenis tawaran mereka dari bulan ke bulan. Dengan peranti mereka yang kini menjadi antara pilihan utama pengguna, untuk tahun 2013 ini, Samsung Mobile mensasarkan untuk menjana lebih 500 juta unit jualan peranti mudah-alih mereka tahun ini.

Untuk tahun ini, mereka telah pun memperkenalkan peranti terbaru mereka, iaitu Samsung Galaxy S4, disamping hadir dengan beberapa peranti untuk pasaran membangun. Samsung juga telah memperkenalkan Samsung Galaxy Note 8.0 pada awal tahun ini.

Pada tahun lepas, mereka telah menghasilkan hampir 400 juta peranti diseluruh dunia, dan mungkin dengan bajet pemasaran Samsung yang tinggi, ia boleh mencapai angka sasaran mereka tahun ini, dan pada masa yang sama terus kekal sebagai pengeluar peranti nombor satu dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd