Bagaimana Mengetahui Kemaskini Windows Update Terus Pada Desktop Windows 8?

Bagaimana Mengetahui Kemaskini Windows Update Terus Pada Desktop Windows 8?

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

Pada Windows 8, Microsoft membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka dan bagaimana pelbagai perkara diperlihatkan. Salah satu kekurangan yang dibawakan adalah dimana tiada sebarang notifikasi diperlihatkan pada bahagian desktop apabila terdapat kemaskini baru melalui Windows Update.

Windows Update Notifier

Pada Windows 8, Microsoft hanya memaparkan notifikasi berkenaan dengan kemaskini pada skrin log-masuk, sekaligus menyukarkan untuk pengguna yang jarang mematikan sistem mereka mengetahuinya. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu perisian ringkas yang berguna adalah Windows Update Notifier. Seperti beberapa aplikasi desktop, ia berjalan pada latar, dan sentiasa menyemak pelayan untuk kemaskini sistem operasi.

Sekiranya terdapat kemaskini, ia akan memaparkan sebuah notifikasi ringkas, membolehkan pengguna mengemaskini sistem operasi Windows 8 mereka dengan mudah. Pengguna juga disediakan untuk sebuah menu khas, dimana boleh diakses melalui bahagian Taskbar pada desktop mereka.

Jadi, bagi mereka yang menggunakan Windows 8 mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri perisian ringkas ini hari ini, dan sekaligus memastikan anda menggunakan versi sistem operasi terkini dalam operasi harian anda.

Muat-Turun Windows Update Notifier


TIPS & ULASAN