JobStreet Malaysia Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Ahli Berdaftar

JobStreet Malaysia Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Ahli Berdaftar

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

JobStreet MalaysiaJobStreet merupakan salah satu laman pencarian kerja yang digunakan dengan meluas oleh para pengguna tempatan. Dengan persaingan sengit dalam arena ini, kini JobStreet Malaysia mengatakan mereka mempunyai lebih daripada 2 juta ahli berdaftar pada hari ini.

JobStreet boleh dikatakan salah satu laman popular yang digunakan oleh majikan dan juga pencari kerja dirantau ini, dimana selain daripada Malaysia, ai juga menyediakan perkhidmatan di Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, India, Jepun, Hong Kong, dan paling terbaru di Vietnam.

Secara keseluruhan dikatakan terdapat lebih 11 juta pengguna berdaftar dengan JobStreet. Dengan 2 juta daripadanya dari Malaysia, ia sekaligus memperlihatkan yang mana kini lebih ramai aktif menggunakan perkhidmatan atas-talian dalam menemui majikan kegemaran mereka.

Di Asia Tenggara, selain JobStreet, terdapat beberapa perkhidmatan seumpamanya yang lain, termasuk laman sosial LinkedIn yang mula memperluaskan kedudukan mereka di sini.


TIPS & ULASAN