AirBNB Ingin Terus Mengukuhkan Kedudukan Di Asia Tenggara

AirBNB Ingin Terus Mengukuhkan Kedudukan Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

AirBNB telah dilancarkan pada penghujung tahun lepas di Malaysia, dan kini, mereka berkongsi, sepanjang tahun ini AirBNB akan terus memfokuskan ke pasaran Asia Pasifik, sekaligus memperluaskan penggunaan mereka di rantau ini.

AirBNB - Startup Asia

Bagi yang tidak mengenali AirBNB, ia menawarkan perkhidmatan menghubungkan pemilik rumah dan bilik kosong untuk disewakan kepada seseorang bagi sesuatu masa yang ringkas. Ia juga digunakan secara meluas oleh pemilik homestay diseluruh dunia.

Di Malaysia, AirBNB boleh dikatakan mempunyai pesaing terdekat mereka, iaitu iBilik. Menurut AirBNB, buat masa ini, di rantau Asia Tenggara tempat yang menjadi tumpuan tinggi adalah sekitar tempat percutian, terutamanya di Indonesia dan juga Thailand.


TIPS & ULASAN