Cari @ Amanz

HTC sedia menawarkan telefon pintar Windows Phone 8, dan kini desas-desus baru hadir, mengatakan mereka turut sama akan hadir dengan tablet Windows 8 sekitar pada tahun ini, dimana dikatakan bersaiz sekitar 10.1-inci dengan paparan HD penuh (1920×1080 pixel).

Tablet HTC Baru

HTC boleh dikatakan antara pengeluar yang sering hadir dengan rekabentuk peranti yang cantik dan kemas. Sebelum ini, mereka telah hadir dngan Windows Phone 8X ketika pelancaran Windows Phone 8.

Dengan pelbagai laporan mengatakan Microsoft bakal melancarkan Windows Blue kelak pada tahun ini, ia tidak mustahil untuk HTC melancarkan tablet yang diperkatakan ini ketika pelancaran Windows Blue kelak.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ura-ura awal sahaja, dan mungkin kita perlu nantikan beberapa bulan lagi untuk mengetahui sama ada peranti tersebut benar-benar akan hadir ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd