Nokia Music Dilancarkan Untuk Pengguna Windows 8

Nokia Music Dilancarkan Untuk Pengguna Windows 8

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

Kini, Nokia telah pun melancarkan aplikasi Nokia Music mereka untuk para pengguna desktop dan juga tablet berasaskan Windows 8 atau Windows RT, sekaligus membolehkan mereka yang menggunakan aplikasi Nokia Music+ di Windows Phone, menggunakan perkhidmatan sama pada desktop dan tablet.

Nokia Music

Melalui Nokia Music, selain membolehkan pengguna memainkan dan menikmati lagu yang disimpan pada komputer mereka, aplikasi ini juga turut sama membolehkan pengguna memainkan lagu secara terhad daripada apa yang disediakan melalui aplikasi Nokia Music ini.

Pengguna juga turut sama boleh melihat pelbagai informasi berkenaan sesuatu artis, selain turut mendengar lagu-lagu yang dikumpulkan pada sesuatu Mix, bergantung kepada artis yang anda minati.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Nokia Music ini secara percuma hari ini daripada Windows Store.

Nokia Music

Muat-Turun Nokia Music untuk Windows 8


TIPS & ULASAN