MOL Bakal Memperluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Vietnam Tidak Lama Lagi

MOL Bakal Memperluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Vietnam Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

MOL merupakan antara syarikat tempatan yang popular dengan perkhidmatan penawaran pembelian mata wang maya untuk digunakan pada permainan berasaskan web. Sejak akhir-akhir ini, MOL mula memperluaskan perkhidmatan mereka dengan mengambil-alih beberapa syarikat diluar negara, dan kini dikatakan seterusnya mereka bakal memperluaskan perkhidmatan mereka ke Vietnam.

MOL - StartupAsia

Di Asia Tenggara, pada bulan lepas MOL telah mengambil-alih syarikat di Indonesia dan mengukuhkan kedudukan mereka di sana, dan kini seterusnya mereka dijangka akan mengambil-alih salah satu syarikat atau perkhidmatan yang bekait dengan pembayaran di Vietnam.

Apakah nama syarikat tersebut masih tidak dikongsikan, dan dikatakan akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Walaubagaimanapun, pengguna di Vietnam masih boleh melakukan pembayaran melalui MOL menggunakan beberapa alternatif seperti PayPal, Western Union dan sebagainya. Tetapi dengan pengambil-alihan salah satu syarikat di sana, ia akan memudahkan tugas pengguna untuk membeli sebarang kredit untuk permainan, dan pada masa yang sama mengukuhkan nama MOL dalam industri tersebut.

Sama-sama kita nantikan apakah syarikat yang bakal diambil-alih oleh pemilik Friendster ini.


TIPS & ULASAN