Telekom Malaysia Memperkenalkan Antaramuka Baru Untuk HyppTV

Telekom Malaysia Memperkenalkan Antaramuka Baru Untuk HyppTV

Diterbitkan pada Apr 5, 2013 oleh .

Salah satu perkhidmatan tambahan yang ditawarkan melalui UniFi adalah perkhidmatan IPTV daripada Telekom Malaysia, dinamakan sebagai HyppTV. Kini, dalam memberikan pengalaman menonton yang lebih menarik, pihak Telekom Malaysia telah pun memberikan nafas baru untuk antaramuka grafik HyppTV.

HyppTV

Telekom Malaysia mengatakan dimana selain daripada hanya pengalaman penggunaan yang baru, ia juga turut membawakan beberapa fungsi baru, termasuk memaparkan latar intisari rancangan dalam bentuk yang menarik, sokongan carian untuk VOD yang lebih baik berbanding sebelumnya, dan beberapa perkara yang lain.

Sehingga hari ini, HyppTV menawarkan sebanyak lebih kurang 107 saluran, dengan 20 saluran dalam bentuk paparan HD.

Selain daripada HyppTV, terdapat beberapa perkhidmatan IPTV yang turut ditawarkan beberapa penyedia lain, termasuk Astro dengan Astro Byond IPTV mereka.


TIPS & ULASAN