Cari @ Amanz

Asus FonePad telah diumumkan dan diperkenalkan pada Mobile World Congress 2013 yang lepas, dimana ia membawakan peranti bersaiz 7-inci dengan sokongan panggilan suara dan juga SMS. Kini, melalui laman Facebook Asus Malaysia, mereka telah mula mempromosikannya, dan bersedia untuk melancarkan pada hari Selasa hadapan.

Asus FonePad

Asus FonePad

Asus FonePad dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2420 1.2Ghz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 1.2-megapixel, ruangan storan terbina 8GB, dan juga memori sebesar 1GB RAM. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4270mAh, dan dijana menggunakan sistem operasi Android.

Harganya bakal diumumkan secara rasmi oleh Asus Malaysia pada hari Selasa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd