Cari @ Amanz

Google ChromePada awal minggu ini, Google telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menggantikan penggunaan enjin WebKit pada pelayar web Chrome mereka dengan enjin “Blink”. Kini, pembangunnya berkongsi mengatakan versi stabil pertama yang menggunakannya mungkin hadir dalam tempoh lebih kurang 10 minggu lagi.

Seperti biasa, sebelum ia hadir pada versi stabil, enjin “Blink” ini mungkin diperkenalkan pada versi pembangunan. Menurut pihak Chrome, ia dikatakan Blink telah pun diintegrasikan pada versi Chrome Canary terkini.

Chrome 28 dijangka akan dilengkapi dengan enjin “Blink” ini, dan mungkin lebih banyak perkara mengenainya akan dikongsikan oleh Google pada Google I/O kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd