Carian
Nokia “Catwalk” Dilaporkan Akan Hadir Sekitar Pertengahan Tahun Ini
April 6, 2013 Aman

Salah satu peranti baru daripada Nokia yang dinantikan ramai adalah Nokia “Catwalk”, dimana telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini. Kini, ura-ura awal mengatakan yang mana peranti tersebut berkemungkinan akan diperkenalkan oleh Nokia sekitar bulan Mei kelak.

Nokia Catwalk ini dikatakan akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5-inci octaOLED (1280×768 pixel), cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori 1GB RAM, kamera 8.7-megapixel dengan sokongan OIS, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2000mAh.

Berbanding dengan Lumia 920 sedia ada kini, Nokia “Catwalk” ini dikatakan akan lebih ringan, selain membawakan rekabentuk unibody berasaskan kepada aluminium.

Peranti ini dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Mei ini, dan mula dijual di pasaran global sekitar bulan Jun.

Komen