Cari @ Amanz

WordPress kini telah menjadi salah satu CMS yang digunakan secara meluas dalam pembangunan web, dari blog sehinggalah laman edagang mahupun laman sosial. Terkini, pihak pembangunnya telah pun melancarkan WordPress 3.6 Beta 1, sekaligus memperlihatkan WordPress 3.6 akan hadir tidak lama lagi.

Pada WordPress 3.6, beberapa perkara baru disertakan, termasuk salah satunya adalah tema utama baru, dinamakan sebagai Twenty Thirteen.

Dari segi fungsi tambahan pula, kini sokongan Post Formats didatangkan dengan sokongan antaramuka tersendiri, memudahkan lagi pembangun tema untuk membuat tema khas dan sebagainya.

Disamping itu, WordPress 3.6 juga menyertakan sokongan audio dan video dalam bentuk HTML5, sekaligus tidak lagi memerlukan pengguna mempunyai sebarang plugin tambahan untuk memuat-naik video ke blog atau laman mereka.

Editor juga diberikan lebih penambah-baikkan, termasuk kebolehan menyimpan draft pada komputer, mengelakkan sebarang teks terpadam sekiranya talian internet menghadapi masalah.

Bagi para pembangun web yang berminat, anda boleh mencuba terlebih dahulu WordPress 3.6 Beta 1 hari ini, sementara menantikan ia dilancarkan secara rasmi dalam sebulan dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd