Ceramah.ME – Pusat Sehenti Untuk Pelbagai Video Ceramah Dan Perkongsian Ilmu

Ceramah.ME – Pusat Sehenti Untuk Pelbagai Video Ceramah Dan Perkongsian Ilmu

Diterbitkan pada Apr 6, 2013 oleh .

Pada hari ini, YouTube telah menjadi salah satu medium utama dalam perkongsian pelbagai jenis video, termasuk video berbentuk ceramah dan perkongsian ilmu agama dan sebagainya. Tetapi kadang-kala ia agak sukar untuk pengguna mengikuti pelbagai ceramah kerana ia tidak tersusun dan kerana beberapa kekangan yang lain.

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna, salah satu laman menarik yang boleh dikunjungi adalah Ceramah.ME. Seperti pada namanya, ia mengumpulkan pelbagai video ceramah agama dan ilmu dari pelbagai ustaz seluruh dunia.

CeramahME

Selain daripada hanya menjadi pusat sehenti untuk rujukan pelbagai video, melalui laman Ceramah.ME ini juga, salah satu fungsi tambahan yang disertakan adalah sokongan pengambilan nota, membolehkan pengguna menaip nota daripada sesuatu ceramah ketika mendengarnya. Kemudiannya, pengguna boleh menetapkan ia untuk dikongsikan bersama-sama yang lain ataupun untuk simpanan peribadi.

CeramahME

Pengguna juga turut disediakan dengan ruangan komen berasaskan Facebook, untuk memudahkan lagi proses perbincangan dengan pengguna lain berkenaan sesuatu topik.

Buat masa ini, laman Ceramah.ME ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal lagi, namun, koleksinya kelihatan agak menarik, dan mungkin ditambah dari hari ke hari.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh layari laman Ceramah.ME hari ini, dan mula mengikuti pelbagai ceramah agama dan perkongsian ilmu terus melalui laman tersebut.

Layari : Ceramah.ME


TIPS & ULASAN