Cari @ Amanz

Selain daripada Chrome 26 yang telah dilancarkan ke saluran stabil, kini Google juga turut sama telah melancarkan Chrome 27 Beta pada saluran pembangun, dimana bersama-sama dengannya, pelayar web ini membawakan beberapa perubahan dan penambah-baikkan pada ia.

Perkara utama yang difokuskan adalah pada kepantasan pelayaran. Chrome 27 Beta dikatakan membolehkan kandungan sesuatu web dipaparkan pada skrin 5% lebih pantas berbanding kebiasaan, sekaligus membolehkan pengguna mengakses kandungan web lebih laju berbanding sebelumnya.

Selain itu, beberapa sokongan baru pada HTML5 turut disertakan, termasuk kebolehan untuk memaparkan masa dan tarikh secara elegan pada web.

Boleh dikatakan ia masih tidak menggunakan enjin “Blink” pada Chrome 27 Beta ini. Bagi sesiapa yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun ia hari ini, dan menggunakannya terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan dalam masa lebih kurang 6 minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd