(Ura-Ura) Google Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih WhatsApp?

(Ura-Ura) Google Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih WhatsApp?

Diterbitkan pada Apr 6, 2013 oleh .

Dengan pelbagai persaingan dari segi aplikasi permesejan, kini ura-ura awal hadir, mengatakan Google dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih WhatsApp. Ia dikatakan buat masa ini, harga pengambil-alihan kini sekitar $1 bilion buat masa ini.

Ia bukan kali pertama ura-ura pengambil-alihan mengenai WhatsApp hadir, dimana beberapa minggu sebelum ini ia dikatakan Facebook berminat mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Walaupun pada hari ini terdapat puluhan alternatif seperti Line, WeChat dan sebagainya, WhatsApp boleh dikatakan antara aplikasi yang popular, malah digunakan oleh kebanyakkan pengguna telefon pintar seluruh dunia, sekaligus memberikan kesan serius kepada penggunaan SMS yang semakin berkurangan.

Google sendiri sebelum ini dikatakan dalam pembangunan Google “Babel” yang mana akan menjadi hab komunikasi mereka, dan mungkin dengan pengambil-alihan WhatsApp, ia akan membolehkan pihak Google menambah angka pengguna mereka, sekaligus mendahului pelbagai pesaing lain dengan mudah melaluinya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan adakah Google akan mengambil-alih WhatsApp ataupun ia hanya sekadar ura-ura sahaja.


TIPS & ULASAN