SenHeng Menyenaraikan Asus FonePad Pada Harga RM849

Diterbitkan pada Apr 6, 2013 oleh .

Asus FonePad - SenHengAsus Malaysia bakal melancarkan Asus FonePad secara rasminya pada minggu hadapan, tetapi, lebih awal daripada itu, SenHeng melalui katalog untuk bulan April, telah pun menyenaraikan Asus FonePad pada harga RM849.

Asus FonePad merupakan tablet bersaiz 7-inci yang dijana menggunakan cip pemprosesan 1.2Ghz Intel Atom Z2420, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 3-megapixel, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Salah satu kelebihan yang dibawakan melalui peranti ini adalah sokongan membuat panggilan dan juga SMS, membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai telefon peribadi selain menggunakan ia sebagai tablet.

Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancaran Asus FonePad ini pada minggu hadapan.

TIPS & ULASAN