YouTube Mula Menambah Pilihan Mod Video Pada Kualiti 144p

YouTube Mula Menambah Pilihan Mod Video Pada Kualiti 144p

Diterbitkan pada Apr 7, 2013 oleh .

YouTube - 144pSalah satu kelebihan pada laman YouTube berbanding kebanyakkan laman seumpamanya yang lain adalah sokongan untuk memilih kualiti video yang dimainkan. Sekiranya sebelum ini, YouTube hanya menyediakan kualiti video serendah 240p, kini kelihatan mereka mula menambah sokongan kualiti video serendah 144p.

Walaupun kualitinya mungkin agak teruk pada paparan 144p ini, namun ia mungkin sesuai sekiranya anda menonton pada skrin bersaiz kecil dan pada masa yang sama ingin menjimatkan penggunaan bandwidth internet anda. Disamping itu, ia juga mungkin sesuai sekiranya anda hanya sekadar ingin mendengar audio sahaja, tanpa memfokuskan kepada video.

Buat masa ini, hanya segelintir video sahaja yang memaparkan sokongan paparan 144p ini, dan mungkin ia akan diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN