Cari @ Amanz

Pada Mac OS X dan juga iOS, salah satu aplikasi yang digunakan untuk menyimpan sesuatu item atau peringatan adalah Reminders. Namun, pada Mac OS X, mungkin ia tidak begitu mesra untuk memasukkan sesuatu entri baru dan sebagainya.

Remind Me

Berbeza dengan pelbagai aplikasi dengan fungsi lebih kurang sama, Remind Me berfungsi sebagai pelengkap untuk aplikasi Reminder utama, membolehkan data anda masih di sync menggunakan iCloud dan sebagainya.

Menggunakan Remind Me, ia berjalan pada bahagian bar menu, membolehkan pengguna mengaktifkannya dan mengaksesnya serta-merta melalui pilihan kekunci pintas yang ditetapkan (Shift+Command+Space).

Remind Me

Sebaik sahaja ia dibuka, pengguna boleh memasukkan data dan info seperti tajuk, tarikh dan memilih “List” pada Reminders anda. Setelah pengguna menekan butang “Save”, peringatan tersebut akan ditambah pada Reminders secara automatik, dan tidak sesekali memerlukan anda membuka aplikasi Reminders untuk menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan Mac OS X dan aktif menggunakan Reminders, mungkin boleh mencuba dan memuat-turun aplikasi Remind Me hari ini secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd