Samurai vs Zombie Defense – Permainan Menarik Untuk Pengguna Windows 8

Samurai vs Zombie Defense – Permainan Menarik Untuk Pengguna Windows 8

Diterbitkan pada Apr 7, 2013 oleh .

Salah satu permainan popular sepanjang minggu lepas pada platform Windows 8 dan juga Windows RT adalah permainan Samurai vs Zombie Defense. Permainan ini ditawarkan secara percuma, dan didatangkan dengan sokongan In-Game Store.

Samurai vs Zombie Defense

Samurai vs Zombie Defense ini membawakan permainan dimana pemain mengawal seorang watak samurai, dimana pemain perlu mengawal ia ke kiri atau ke kanan, disamping menyeru beberapa watak bantuan ketika menghadapi pihak lawan. Serangan dilakukan secara automatik, tetapi pemain boleh mengawal bila ingin menggunakan gerakan istimewa.

Seperti kebanyakkan permainan, ia didatangkan dengan pelbagai tahap berbeza, dan pada setiap tahap, pengguna boleh memilih penaik-tarafan, dan menambah watak-watak yang boleh diseru dalam permainan.

Bagi pengguna Windows 8 ataupun Windows RT, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Windows Store hari ini.

Samurai vs Zombie Defense

Muat-Turun Samurai vs Zombie Defense dari Windows Store


TIPS & ULASAN