Rekabentuk Google Play Store Baru Pada Android Mula Kelihatan

Rekabentuk Google Play Store Baru Pada Android Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 8, 2013 oleh .

Play Store BaruSejak beberapa minggu yang lepas, desas-desus berkenaan Google Play Store pada Android yang akan diberikan nafas baru telah pun kedengaran. Kini, paparan antaramuka baru hadir, memperlihatkan rekabentuk baru yang akan memudahkan pengguna menemui pelbagai kandungan baru melaluinya.

Daripada apa yang kedengaran, ia kelihatan, kini Google turut sama menyediakan sebuah kategori khas dinamakan sebagai “Games”, sekaligus memudahkan penemuaan permainan pada Google Play Store.

Selain itu, pelbagai kategori sedia ada seperti Movies, Music, Books dan Magazines turut hadir. Namun, seperti semua sedia maklum, memandangkan ia tidak dilancarkan secara rasmi untuk pengguna tempatan sehingga hari ini, ia mungkin tidak memberikan kesan yang besar kepada kita.

Buat masa ini, bilakah kita akan melihat kemaskininya masih tidak diketahui. Mungkinkah Google akan mengumumkannya pada Google I/O kelak?


TIPS & ULASAN