Alienware Mula Menawarkan Pilihan Sistem Operasi Ubuntu Untuk Alienware X51

Alienware Mula Menawarkan Pilihan Sistem Operasi Ubuntu Untuk Alienware X51

Diterbitkan pada Apr 8, 2013 oleh .

Walaupun belum lagi untuk pasaran tempatan, namun untuk pasaran global, Dell telah mula menawarkan PC gaming mereka, Alienware X51 dengan pilihan sistem operasi Ubuntu, sekaligus memberikan kesan positif kepada platform sumber terbuka tersebut.

Alienware Ubuntu

Seperti semua sedia maklum, Steam sebelum ini telah memperkenalkan Steam untuk Linux, sekaligus membolehkan pengguna Ubuntu menikmati pelbagai permainan menarik terus pada desktop Ubuntu masing-masing.

Mengambil peluang ini, dan memandangkan permintaan untuk Alienware daripada pengguna Ubuntu, kini Dell telah mula menawarkan pilihan sistem operasi Ubuntu ketika membuat pilihan.

Ubuntu boleh dikatakan masih tidak digunakan dengan meluas buat masa ini. Namun, dari hari ke hari, popularitinya semakin meningkat, selain menerima pelbagai sokongan daripada para pengeluar dan pembangun seluruh dunia.

Jadi, sekiranya diberikan pilihan, adakah anda akan memilih komputer Alienware berasaskan Windows ataupun Ubuntu?


TIPS & ULASAN