Cari @ Amanz

Windows XP merupakan salah satu sistem operasi daripada Microsoft yang mana masih luas digunakan sehingga ke hari ini. Windows XP telah diperkenalkan pada tahun 2001, dan seperti semua sedia maklum, Microsoft telah mengumumkan yang mana sokongan untuknya akan dimatikan bermula 8 April 2014 kelak.

Windows XP

Walaupun masih boleh kekal digunakan, namun bermula 8 April 2014 kelak, Microsoft tidak lagi akan menyediakan sebarang sokongan ataupun memperkenalkan sebarang kemaskini untuknya.

Selain daripada Windows XP, sehingga ke hari ini, pihak Microsoft telah mengeluarkan beberapa versi baru, termasuk Windows Vista, Windows 7 dan juga Windows 8. Pada tahun ini juga, Microsoft dikatakan akan hadir dengan kemaskini untuk Windows 8, dikenali sebagai Windows Blue buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd