Samsung Malaysia Mula Menawarkan Samsung ATIV S Pada Harga RM1699

Samsung Malaysia Mula Menawarkan Samsung ATIV S Pada Harga RM1699

Diterbitkan pada Apr 8, 2013 oleh .

Selain daripada beberapa peranti berasaskan Android daripada Samsung, mereka juga turut sama mempunyai peranti berasaskan Windows Phone, dan hari ini, Samsung Malaysia mengumumkan yang mana pengguna tempatan sudah boleh mendapatkan ATIV S daripada para pengedar tempatan pada harga RM1699.

Ativ S - Windows Phone 8

Samsung ATIV S merupakan salah satu peranti yang dijana menggunakan Windows Phone 8, dimana ia membawakan skrin bersaiz 4.8-inci HD Super AMOLED, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, bateri berkapasiti 2300mAh, dan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang. Ia turut dilengkapi beberapa sokongan lain, termasuk NFC pada ia.

Samsung ATIV S ditawarkan dalam warna Metallic Silver pada harga RM1699 di Malaysia, dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.


TIPS & ULASAN