Fail APK Facebook Home Untuk Android Tertiris Ke Arena Web

Fail APK Facebook Home Untuk Android Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Apr 8, 2013 oleh .

Facebook bakal menawarkan Facebook Home melalui Google Play Store bermula lewat Khamis ini. Tetapi, lebih awal daripadanya, kini, fail pembangunan awal untuk Facebook Home sudah pun tertiris ke arena web, membolehkan sesiapa yang ingin mengujinya, memuat-turun dan memasangnya atas risiko sendiri.

Facebook Home

Seperti semua sedia maklum, Facebook Home menawarkan antaramuka launcher khas, membolehkan pengguna melihat pelbagai kemaskini semasa pada skrin utama, disamping ia membawakan bentuk permesejan yang tidak menganggu ketika menggunakan aplikasi.

Buat masa ini, daripada apa yang ditawarkan, dikatakan ia membolehkan pengguna mengakses sokongan Cover Feed tersebut, tetapi Chat Heads masih tidak berfungsi pada ia.

Kami telah mencuba untuk memasangnya pada peranti Android kami, tetapi ia gagal untuk berfungsi. Apa pun, bagi mereka yang ingin mengambil risiko dan mencubanya pada peranti anda, mungkin boleh menyemak laman MoDaCo hari ini.

Kemaskini : Facebook telah mematikan sokongan ini, membuatkan fail APK yang tertiris ini tidak dapat digunakan semua.


TIPS & ULASAN