Cari @ Amanz

Adakah anda akan memilih PlayStation 4 ataupun Xbox Baru?Dengan Sony yang telah memberikan sedikit info awal berkenaan PlayStation 4, semestinya kini ramai menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Microsoft melalui Xbox. Mengikut laporan awal kini, ia dikatakan Microsoft merancang untuk sebuah acara khas sekitar bulan Mei kelak yang mana berkaitan dengan Xbox.

Microsoft sebelum ini dikatakan merancang untuk mengumumkannya sekitar bulan April ini, tetapi disebabkan beberapa perkara, ia telah ditangguhkan dan mungkin diperkenalkan sekitar bulan Mei kelak.

Buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan sepenuhnya oleh Xbox generasi baru ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dikatakan berkemungkinan Xbox generasi baru kelak memerlukan talian internet sepanjang masa. Namun, maklumat penuh berkaitan dengannya tidak diketahui lagi buat masa ini.

Selain daripada itu, semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah Xbox generasi baru ini akan diintegrasikan bersama peranti mudah-alih, serta sokongan Kinect baru pada konsol tersebut.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh konsol generasi baru daripada Microsoft ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd