Cari @ Amanz

Sebelum ini, Marvel melalui ComiXology pernah mencuba untuk menawarkan lebih 700 komik dalam bentuk digital, tetapi menghadapi masalah teknikal apabila permintaan yang tinggi hadir dari pengguna seluruh dunia. Kini, sebagai menggantikannya, Marvel dan ComiXology sekali lagi hadir dengan promosi khas.

Marvel ComiXology

Kali ini, kelihatan ia lebih tersusun, dimana pengguna diminta mendaftarkan alamat emel, dan kemudiannya sebuah pautan muat-turun khas akan dihantar kepada mereka bermula daripada 11 April kelak.

Jadi, bagi mereka yang berminat dengan dunia komik, ataupun ingin menambah koleksi mereka, mungkin boleh mendaftarkan diri pada halaman promosi khas, dan bersedia untuk memuat-turun ratusan komik melalui tawaran ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd