Lebih 250 Juta Nama Domain Telah Didaftarkan Sehingga Ke Hari Ini

Lebih 250 Juta Nama Domain Telah Didaftarkan Sehingga Ke Hari Ini

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .

Dengan dunia internet yang berkembang, salah satu perkara yang turut menerima kesan langsung adalah angka pendaftaran nama domain untuk digunakan dalam pembangunan web dan sebagainya. Melalui angka terkini yang dikeluarkan, ia didapati terdapat lebih 250 juta nama domain yang telah didaftarkan sehingga hari ini.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Verisign, pada suku keempat 2012 sahaja, sebanyak lebih 6.1 juta nama domain telah didaftarkan.

Semestinya daripada angka ini, yang menjadi pilihan utama pengguna adalah pilihan nama domain .com yang berjumlah lebih kurang 106.2 juta nama, selain .net yang berjumlah sekitar 14.9 juta nama.

Di Malaysia, untuk penggunaan .MY, ia dipantau oleh Mynic, dan kini angka domain aktif dengan akhiran .MY berjumlah sekitar 209,903 nama.


TIPS & ULASAN