Intel Mengumumkan Thunderbolt Generasi Baru Dengan Sokongan Pemindahan Data Sehingga 20Gbps

Intel Mengumumkan Thunderbolt Generasi Baru Dengan Sokongan Pemindahan Data Sehingga 20Gbps

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .
Adakah anda menggunakan Thunderbolt, ataupun selesa dengan USB 3.0?

Teknologi Thunderbolt daripada Intel masih tidak digunakan dengan meluas sehingga hari ini, memandangkan kos-nya yang masih tinggi. Namun, ia tidak menghentikan Intel hadir dengan penambah-baikkan untuknya, dimana hari ini Thunderbolt memperkenalkan generasi baru teknologi mereka itu.

Melalui Thunderbolt baru ini, ia menjanjikan pemindahan data sehingga 20Gbps melalui kedua-dua arah, berbanding hanya sekitar 10Gbps sebelum ini.

Thunderbolt

Pada masa yang sama, ia juga membawakan sokongan pemindahan fail video 4K melalui Thunderbolt generasi baru ini, selain mana Intel turut mengatakan ia akan menawarkan kabel yang lebih nipis dalam beberapa bulan lagi.

Di Malaysia, penggunaan Thunderbolt dikalangan para pengguna komputer masih lagi rendah, apatah lagi dengan harganya yang masih tinggi buat masa ini. Namun, dengan kepantasan pemindahan data yang semakin menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini, mungkin kita akan melihat lebih ramai menggunakannya pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN