Cari @ Amanz

WhatsApp Tidak Dalam Perbincangan Untuk Menjual Syarikat Kepada Google

Oleh Aman

Link Copied!

>Pada penghujung minggu lepas, salah satu ura-ura yang hadir mengatakan WhatsApp dalam perbincangan bersama pihak Google untuk diambil-alih pada harga sekitar $1 bilion. Kini, daripada komen yang diterima oleh pihak WhatsApp, mereka menidakkan perkara ini.

Ini bukan kali pertama ura-ura dan desas-desus pengambil-alihan WhatsApp hadir, dimana pada bulan lepas, ia dikatakan Facebook dan pihak WhatsApp dalam perbincangan.

Aplikasi permesejan kini mendapat perhatian ramai, dengan lebih banyak pesaing yang hadir dan menawarkan fungsi lebih kurang sama. WhatsApp buat masa ini boleh dikatakan sebagai aplikasi permesejan paling popular, dan digunakan oleh kebanyakkan pengguna peranti pintar hari ini.


Komen ()