TonTon News Diperkenalkan – Ingin Menjadi Destinasi Utama Sebagai Saluran Berita

TonTon News Diperkenalkan – Ingin Menjadi Destinasi Utama Sebagai Saluran Berita

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .

Tonton merupakan salah satu destinasi ramai pengguna tempatan dalam mengikuti beberapa rancangan TV tempatan, dan hari ini, pihak Tonton memperkenalkan sebuah saluran khas memfokuskan kepada berita, dinamakan sebagai TonTon News.

TonTon News

TonTon News memfokuskan kepada pelbagai berita semasa dan terkini, dimana ia merangkumi siaran berita terbitan kumpulan Media Prima. Dengan pengenalan ini juga, TonTon News menjadi salah satu saluran destinasi pengguna tempatan dalam mendapatkan perkembangan harian mereka dengan mudah.

Seperti laman utama TonTon, saluran ini juga turut sama dioptimasikan untuk dilayari menggunakan peranti mudah-alih Android dan juga iOS.

Bagi mereka yang berminat, boleh melayari laman TonTon News hari ini, dan mengikuti perkembangan semasa daripada pelbagai saluran berita tempatan melaluinya.


TIPS & ULASAN