Asus Malaysia Melancarkan FonePad Secara Rasmi – Berharga RM849

Asus Malaysia Melancarkan FonePad Secara Rasmi – Berharga RM849

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, pihak Asus Malaysia hari ini telah melancarkan Asus FonePad secara rasmi di Malaysia, sekaligus menawarkan tablet dengan keupayaan telefoni itu untuk para pengguna tempatan pada harga RM849.

Asus FonePad

Asus FonePad

Asus FonePad membawakan skrin bersaiz 7-inci HD IPS, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2420 1.2GHz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 1.2-megapixel, serta bateri berkapasiti 4270mAh.

Selain daripada membawakan Android 4.1 Jelly Bean, ia turut dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri tambahan, seperti aplikasi yang boleh di pop-out.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh mendapatkan Asus FonePad ini daripada para pengedar rasmi Asus pada harga RM849.


TIPS & ULASAN