Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai Windows Phone dan juga Windows OS yang bakal digabungkan telah kedengaran sejak tahun lepas lagi, dan kini dengan Windows Blue yang mula membawakan beberapa elemen daripada Windows Phone, laporan mengenainya mula kedengaran kembali.

Pada tahun lepas juga, kita telah melihat yang mana Windows Phone mula menggunakan penggunaan teras yang menyerupai Windows 8, sekaligus memudahkan lagi kedua-duanya diintegrasikan antara satu sama lain.

Daripada apa yang kelihatan pada Windows Blue buat masa ini, ia membawakan sokongan integrasi SkyDrive dengan lebih menyeluruh, disamping beberapa elemen seperti pada Windows Phone dimana pengguna boleh mengubah saiz Tiles padanya, disamping membolehkan ia diubah mengikut citarasa pengguna.

Windows Blue dijangka bakal dilancarkan lewat tahun ini, dimana mungkin diperkenalkan sebagai salah satu bentuk kemaskini untuk pengguna Windows 8 sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd