Apple Membuang Aplikasi AppGratis Daripada AppStore

Apple Membuang Aplikasi AppGratis Daripada AppStore

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .

AppGratisTerdapat ratusan ribu aplikasi pada AppStore, dan beberapa aplikasi seperti AppGratis membantu pengguna dalam menemui beberapa aplikasi menarik dari hari ke hari. Namun, agak mendukacitakan apabila kini aplikasi AppGratis telah pun dibuang daripada AppStore disebabkan pelanggaran beberapa terma AppStore.

Daripada apa yang dilaporkan, AppGratis dikatakan menggunakan push nofications dalam menghantar pengiklanan, promosi dan sebagainya. Buat masa ini, pihak AppGratis masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.

Untuk makluman, kami pernah memperlihatkan AppGratis melalui Mingguan Apple sebelum ini, dimana ia membolehkan pengguna memuat-turun satu aplikasi percuma setiap hari, dimana selain menguntungkan pengguna, ia juga membolehkan para pembangun mempromosikan aplikasi mereka dengan mudah.

Selain AppGratis, terdapat beberapa aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan lebih kurang sama, dan mungkin kita akan dapat melihat tindakan sama daripada Apple tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna sedia ada AppGratis, mungkin anda tidak terjejas, dan boleh menggunakan ia seperti biasa tanpa sebarang masalah.


TIPS & ULASAN