Maxis : Pengguna iPhone 5, iPad Mini Dan iPad 4 Kini Boleh Menikmati Rangkaian 4G LTE

Maxis : Pengguna iPhone 5, iPad Mini Dan iPad 4 Kini Boleh Menikmati Rangkaian 4G LTE

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .

Seperti semua sedia maklum, sejak daripada awal pagi tadi, pengguna iPhone 5 yang menggunakan rangkaian Maxis telah mula menerima kemaskini yang mengaktifkan rangkaian LTE, dan kini Maxis sendiri mengesahkan pengaktifan tersebut melalui kenyataan rasmi.

Maxis 4G LTE

Menurut Maxis, dengan rangkaian 4G LTE mereka, kini ia membolehkan lebih 100,000 pelanggan mereka untuk menikmati rangkaian tersebut, dimana menawarkan kelajuan muat-turun antara tiga ke sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding 3G.

Walaubagaimanapun, kawasan liputan 4G LTE masih terhad buat masa ini, dimana Maxis masih hadkan ia kepada beberapa kawasan sekitar Lembah Klang sahaja.

Sebelum ini, Maxis telah pun mengaktifkan Nokia Lumia 920 dan juga HTC One XL untuk menggunakan rangkaian Maxis 4G LTE, dan kini iPhone menjadi peranti ketiga menyertainya. Mungkin lebih banyak peranti akan disokong oleh mereka pada masa akan datang.

Ia masih tidak diketahui bilakah pelanggan Celcom dan DiGi akan menikmati rangkaian 4G LTE.


TIPS & ULASAN