Maxis Bakal Meluaskan Rangkaian 4G LTE Ke Johor Dan Pulau Pinang Pada Suku Ketiga 2013

Maxis Bakal Meluaskan Rangkaian 4G LTE Ke Johor Dan Pulau Pinang Pada Suku Ketiga 2013

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan pengenalan sokongan rangkaian 4G LTE untuk pengguna iPhone, pihak Maxis juga turut berkongsi berkaitan apakah perancangan mereka dalam memperluaskan rangkaian 4G LTE.

Maxis 4G LTE

Daripada kenyataan yang dikeluarkan, Maxis mengatakan mereka akan terus memperluaskan sokongan rangkaian 4G LTE di sekitar Lembah Klang, selain turut memperkenalkannya di Johor dan juga Pulau Pinang, sekitar suku ketiga 2013 ini.

Buat masa ini, Maxis dikatakan membolehkan lebih daripada 100,000 pelanggan mereka menikmati internet berkelajuan tinggi ini. Dengan rangkaian 4G LTE, ia dikatakan membawakan kelajuan sekitar 5 ke 10 kali ganda berbanding rangkaian 3G sedia ada.

Kawasan liputan Maxis 4G LTE buat masa ini:

  • Bangsar, Mont Kiara, Desa Park, Damansara Heights
  • Cyberjaya
  • Damansara Utama
  • Kota Damansara, Sunway Damansara
  • Puchong (Wawasan Puchong, Bandar Kinrara 1, Bandar Kinrara 3, Bandar Kinrara 4, Bandar Puteri)
  • Seapark, Dataran Prima, Tropicana
  • Petaling Jaya Section 13, 14, 17, 19, SS2
  • Sunway, Kampung Tunku, SS2, SS3
  • Taman Desa, Pantai Dalam, Old Klang Road
  • Taman Gembira, Desa Petaling
  • Taman Kinrara 2, Taman Kinrara 3, Taman Kinrara 4
  • Taman Megah (SS23, SS24, SS26), Kelana Jaya
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bandar Utama, Mutiara Damansara
  • USJ3, USJ4, USJ5, USJ9, USJ11, USJ12, USJ13.

TIPS & ULASAN