Spotify boleh dikatakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular di beberapa buah negara, disamping turut diintegrasikan pada Facebook. Kini, nampaknya ia akan mula diperkenalkan di Asia secara berperingkat, bermula dengan negara jiran kita, Singapura.
Spotify telah dilancarkan sekitar tahun 2008, dimana sehingga hari ini, ia telah sedia diperkenalkan di lebih 20 buah negara dan mempunyai lebih kurang 8 juta pengguna berbayar.
Berbeza dengan perkhidmatan popular iTunes, untuk Spotify, ia membolehkan pengguna mendengar seberapa banyak lagu yang diingini pada kadar langganan bulanan, selain pelan tambahan yang turut sama membolehkan pengguna memuat-turun lagu dan mendengarnya tanpa sambungan internet.
Walaupun ia diketahui yang mana Spotify bakal dilancarkan di Singapura pada minggu hadapan, namun masih tiada sebarang berita berkenaan bilakah ia akan tiba ke pasaran Malaysia. Hal berkenaan pelesenan lagu di pasaran Asia juga tidak diketahui buat masa ini.