Google Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka Untuk Play Store Pada Android

Google Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka Untuk Play Store Pada Android

Diterbitkan pada Apr 9, 2013 oleh .

Walaupun ramai yang mensasarkannya untuk Google I/O, namun, kini lebih awal daripadanya, Google secara rasminya mengumumkan kemaskini antaramuka untuk Google Play Store pada Android, dan akan diperkenalkan secara berperingkat bermula daripada hari ini.

Google Play Store Android

Melalui rekabentuk baru ini, ia membawakan rekaan seumpama Google Now, selain memudahkan paparan kandungan dengan gambar yang bersaiz lebih besar. Google juga mengatakan kini proses menemui kandungan di Google Play Store adalah lebih mudah berbanding sebelumnya.

Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar atau tablet Android yang menjalankan versi Android 2.2 dan terkini, anda akan mula menerima kemaskini ini secara berperingkat dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN