Cari @ Amanz

Beberapa bulan sebelum ini, kami pernah berkongsi mengenai aplikasi Smart Deblur yang membolehkan anda mengembalikan gambar yang kabur kembali lebih terang. Kini, pembangunnya telah pun mengeluarkan versi terbaru aplikasi berkenaan – Smart Deblur 2.0 Beta.

Salah satu fungsi baru yang ditambah pada SmartDeblur 2.0 Beta ini adalah sokongan membuat tetapan secara automatik, sekaligus memudahkan pelbagai perkara bagi pengguna baru. Sebelum ini, pengguna perlu memilih jenis kekaburan pada gambar, dan membuat beberapa tetapan sebelum boleh menggunakannya, tetapi melalui versi baru ini, ia dipermudahkan lagi.

SmartDeblur 2.0 Beta

SmartDeblur 2.0 Beta

Namun, untuk pengguna yang inginkan fungsi yang lebih menyeluruh, anda masih boleh kekal menggunakan sokongan tetapan manual dan mendapatkan hasil yang lebih baik lagi.

Walaubagaimanapun, versi baru ini menggunakan beberapa program baru, menjadikan prestasinya agak lambat. Tetapi memandangkan ia masih pada peringkat beta, mungkin ia salah satu perkara yang diketahui ramai.

Apa pun, sekiranya anda mempunyai gambar yang kabur, dan ingin mengembalikan kejelasan pada ia, mungkin boleh mencubanya. Dan jangan lupa berkongsi dengan kami hasil gambar anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd