Carian
Maxis Memperkenalkan Laman Web Baru Yang Mesra Pelbagai Saiz Peranti
April 10, 2013 Aman

Setelah sekian lama, hari ini Maxis secara rasminya memperkenalkan rekabentuk antaramuka baru untuk laman rasmi mereka, dimana melaluinya ia bukan sahaja mesra pelbagai saiz peranti, tetapi turut sama dikatakan direkabentuk semula dengan fokus kepada memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan menggunakan laman web rasmi mereka.

Maxis Web Baru

Melalui rekabentuk baru ini, Maxis dilihat lebih memfokuskan kepada penggunaan lebih banyak gambar, seperti kebanyakkan laman web pada hari ini, disamping menyertakan beberapa elemen sosial pada laman tersebut. Salah satu fungsi yang turut diperkenalkan adalah sokongan carian pintar, dimana ia dioptimasikan untuk memperlihatkan produk, perkhidmatan dan bantuan berdasarkan kepada kata kunci yang dimasukkan pengguna.

Dari pengamatan kami, rekabentuk baru ini memaparkan pelan dan pakej untuk peranti dengan kaedah yang lebih mudah untuk difahami, disamping pengguna pascabayar yang boleh melihat lebih banyak maklumat berkaitan akaun dan juga bil semasa mereka.

Maxis Web Baru

Walaubagaimanapun, buat masa ini, laman Maxis baru ini hanya disediakan dalam bahasa Inggeris sahaja, dan dikatakan akan diperkenalkan dalam bahasa lain tidak lama lagi.

Daripada ujian kami, walaupun kami menyukai rekabentuk baru ini yang tampak lebih kemas, namun ia mengambil masa yang agak lama untuk mengakses laman web baru mereka. Apa pun, mungkin ini hanya untuk seketika waktu sahaja, dan mungkin akan berfungsi dengan lebih pantas tidak lama lagi.

Komen