Samsung Galaxy S4 telah diperkenalkan pada bulan lepas, dan semestinya ramai pengguna tempatan yang menantikan pelancaran peranti tersebut di Malaysia. Menariknya, mungkin pelancaran peranti tersebut akan diadakan tidak lama lagi, memandangkan kini ia telah pun melepasi pengesahan pihak Sirim.
Samsung Galaxy S4 (i9500) membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi 1080×1920 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa 5410.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan di Malaysia. Dengan penyenaraian dan pengesahan daripada pihak Sirim, mungkin kita akan mendengar mengenainya dalam masa beberapa minggu lagi.
Jadi, adakah anda menantikan pelancaran Galaxy S4 di Malaysia?