Viber Membawakan Sokongan Panggilan Suara Untuk Para Pengguna BlackBerry

Viber Membawakan Sokongan Panggilan Suara Untuk Para Pengguna BlackBerry

Diterbitkan pada Apr 10, 2013 oleh .

Setelah membawakan sokongan panggilan suara untuk para pengguna Windows Phone, kini Viber turut sama memperkenalkan sokongan panggilan suara untuk versi beta aplikasi mereka untuk pengguna BlackBerry OS.

BlackBerry - Viber Calling

Viber, seperti semua sedia maklum, ia menawarkan perkhidmatan panggilan suara dan juga permesejan, lebih kurang sama seperti Skype. Ia juga turut ditawarkan pada pelbagai platform, termasuk Android, iOS, Windows Phone, dan juga Symbian.

Melalui versi Beta yang diperkenalkan untuk para pengguna BlackBerry ini, ia membolehkan mereka membuat panggilan suara diantara pengguna Viber secara percuma. Namun, untuk makluman, versi ini hanya untuk para pengguna BlackBerry OS 5 dan juga BlackBerry OS 7 sahaja. Versi untuk BlackBerry 10 masih tidak diketahui buat masa ini.

Apa pun, sekiranya anda menggunakan BlackBerry OS 5 dan juga OS7, mungkin boleh mendapatkan versi beta aplikasi ini hari ini, dan mula membuat panggilan percuma dikalangan rakan-rakan anda.

Muat-Turun Viber Beta untuk BlackBerry


TIPS & ULASAN