Cari @ Amanz

Video dan filem pendek berkualiti tinggi.Dengan laman-laman video seperti YouTube dan Vimeo yang berkembang pesat, ia membuatkan lebih ramai hadir dengan video dan filem pendek dan berkongsi bersama-sama yang lain. Namun, memandangkan terdapat jutaan video di internet, maka mungkin sukar untuk pengguna menonton filem-filem pendek berkualiti, dan perkara ini cuba diselesaikan oleh pihak ViddSee.

ViddSee merupakan salah satu platform yang mengumpulkan video dan filem pendek yang berkualiti daripada Malaysia dan beberapa negara lain di sekitar Asia Tenggara. Selain daripada hanya memaparkan video dan filem pendek berkualiti tinggi, ia juga turut sama memudahkan pengguna mengakses pelbagai video-video menarik dengan mudah melalui perkhidmatan tersebut

ViddSee

Setiap video juga disusun dengan kemas, disamping memperlihatkan skor masing-masing untuk audio, visual dan sebagainya, selain sinopsis ringkas yang diperlihatkan berkenaan dengan video tersebut. Paparan web ViddSee juga dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin, membolehkan pengguna untuk melihat dan menonton video pada pelbagai saiz peranti tanpa sebarang masalah.

Bagi mereka yang ingin melihat pelbagai kandungan video yang diterbitkan penerbit bebas, mungkin boleh melayari laman ViddSee hari ini, disamping turut sama boleh menyumbangkan video-video terbitan anda ke laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd