Cari @ Amanz

Office 2013Dengan tablet dan juga telefon pintar yang semakin popular digunakan untuk pelbagai tujuan, salah satu aplikasi yang dinantikan ramai adalah Office daripada Microsoft. Mengikut laporan terbaru daripada ZDNet, ia dikatakan kita tidak akan dapat melihat Office untuk iOS dan Android pada tahun ini, dan perlu nantikan sehingga penghujung tahun hadapan.

Sebelum ini ia dikatakan kita akan dapat melihatnya pada tahun ini, tetapi mungkin disebabkan beberapa perkara pengenalan dan pembangunannya ditangguhkan sementara.

Untuk tahun ini, ia dikatakan Microsoft sedang dalam proses membangunkan aplikasi pejabat mereka dalam bentuk Metro, selain mana turut memfokuskan kepada Windows Blue.

Selain pengenalan untuk versi iOS dan juga Android, Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan Office untuk Mac versi baru pada April 2014 kelak.

Apa pun, ini mungkin hanya sekadar sasaran awal, dan mungkin segalanya berubah bergantung kepada perancangan pihak Microsoft.

Sementara menantikan Microsoft Office hadir pada Android dan juga iOS, apakah aplikasi kegemaran anda pada platform tersebut untuk menguruskan dokumen dan sebagainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd