Cari @ Amanz

Beberapa peranti mudah-alih dengan cip Intel telah diumumkan sebelum ini, dan kini ZTE turut sama tidak ingin ketinggalan dan memperkenalkan peranti terbaru mereka berasaskan cip Intel Atom Z2580, dinamakan sebagai ZTE Geek.

ZTE Geek

ZTE Geek membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan menariknya dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi adakah ZTE Geek akan hadir ke pasaran tempatan ataupun tidak. Beberapa peranti ZTE yang diperkenalkan pada awal tahun ini juga masih belum dilancarkan untuk pasaran tempatan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd