Aplikasi Cinemagram Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Aplikasi Cinemagram Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Diterbitkan pada Apr 11, 2013 oleh .

Sementara ia masih tidak diketahui bilakah Vine akan hadir untuk pengguna Android, kini pihak Cinemagram yang membawakan kebolehan merakamkan video pendek dalam bentuk GIF turut sama melancarkan aplikasi mereka untuk para pengguna Android.

cinemagram

Sebelum ini, aplikasi ini hanya eksklusif untuk pengguna iOS, dan kini ia turut meluaskan tawarannya dengan memperkenalkan kepada pengguna Android. Melalui Cinemagram, ia membolehkan pengguna untuk merakamkan video, dan seterusnya menambah filter dan membuat beberapa pengeditan pantas sebelum ia dikongsikan.

Aplikasi Cinemagram ini disediakan secara percuma untuk para pengguna Android, dan bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakannya, sementara menantikan aplikasi Vine dilancarkan pada Android.

Cinemagram Android

Muat-Turun Cinemagran untuk Android


TIPS & ULASAN