Ura-ura berkenaan dengan tablet Windows bersaiz 7-inci telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, dan kini WSJ turut sama melaporkan yang mana Microsoft sedang dalam usaha membangunkan tablet Surface bersaiz 7-inci.
Desas-desus mengenai tablet 7-inci ini telah hadir sejak sebelum ini, apatah lagi dengan Windows Blue yang bakal diperkenalkan pada tahun ini, perkara ini hangat diperkatakan lagi.
Selain daripada hanya tablet 7-inci biasa, ia juga turut dikatakan Microsoft akan hadir dengan tablet 7-inci dengan jenama Xbox, memfokuskan kepada permainan. Namun, adakah ia akan hadir tahun ini ataupun sebaliknya, masih tidak diketahui lagi.
Jadi, sekiranya dilancarkan, adakah anda akan memilih Surface bersaiz 7-inci, iPad Mini ataupun Nexus 7?