Sistem Operasi | Windows RT |
Skrin | 10.6-inci ClearType HD (1366×768 pixel) |
Storan | 32GB/64GB. Sokongan mikroSD dan USB 2.0 |
CPU | NVIDIA Tegra 3 empat-teras. |
Memori | 2GB RAM |
Kamera | 2 kamera depan belakang HD 720p LifeCams |
Sejak diperkenalkan pada tahun lepas, ramai yang menantikan pelancaran Surface RT di Malaysia, dan kini Lowyat.net melaporkan yang mana Surface RT bakal dilancarkan di Malaysia pada 25 April kelak. Namun, harganya masih tidak diketahui buat masa ini.
Bagi yang tidak mengetahui mengenai Surface RT, ia merupakan tablet berasaskan Windows RT daripada Microsoft, membawakan rekabentuk yang amat menarik dengan sebuah kickstand pada bahagian belakang, serta didatangkan dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan dalam pilihan touch-cover dan type-cover.
Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk Surface RT masih tidak diketahui lagi. Namun, sejak daripada tahun lepas, pihak IPMart ada menawarkannya pada harga RM2399 untuk versi 32GB.
- Info
- Baca : Pandang Pertama – Surface RT