Samsung Mengumumkan Galaxy Mega 6.3 Dan Galaxy Mega 5.8

Samsung Mengumumkan Galaxy Mega 6.3 Dan Galaxy Mega 5.8

Diterbitkan pada Apr 11, 2013 oleh .

Setelah diura-ura akan sebelum ini, hari ini Samsung secara rasminya mengumumkan peranti terbaru mereka, dinamakan sebagai Galaxy Mega, sekaligus menjadi antara telefon pintar pintar bersaiz besar dipasaran dengan variasi paparan 6.3-inci dan juga 5.8-inci.

Samsung Galaxy Mega

Galaxy Mega 6.3, seperti pada namanya membawakan saiz skrin 6.3-inci dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.7Ghz, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.9-megapixel, serta dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Galaxy Mega 5.8, pula membawakan skrin bersaiz 5.8-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 1.9-megapixel, dan menggunakan Android 4.2 Jelly Bean sebagai sistem operasinya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN