Infografik : GMail Kini Berusia 9 Tahun

Infografik : GMail Kini Berusia 9 Tahun

Diterbitkan pada Apr 11, 2013 oleh .

GMail telah diperkenalkan pada tahun 2004 yang lepas dimana telah dimulakan dengan ruangan storan percuma paling besar ketika itu, iaitu bersaiz sehingga 1GB. Kini, alamat emel GMail boleh dikatakan digunakan dengan meluas, dan telah menjadi salah satu perkhidmatan emel popular diseluruh dunia.

Walaupun telah 9 tahun, GMail masih menerima pelbagai kemaskini dari minggu ke minggu, membolehkan pengguna menikmati kemudahan untuk menghantar dan menerima emel, disamping memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Pada tahun lepas, perkhidmatan GMail telah dikemaskini dengan ruangan storan percuma sehingga 10GB, selain turut mengintegrasikan sokongan Google Drive.

Tahun ini semestinya pihak Google mempunyai pelbagai perancangan untuk GMail, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pihak Google melalui perkhidmatan emel percuma mereka.

GMail 9 Tahun


TIPS & ULASAN