Gambar Peranti Huawei Edge Dengan Kerangka Berasaskan Aluminium Tertiris Ke Web

Gambar Peranti Huawei Edge Dengan Kerangka Berasaskan Aluminium Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Apr 12, 2013 oleh .

Huawei, selain mengeluarkan modem dan sebagainya, mereka juga kelihatan kini bergiat aktif dalam pengeluaran peranti mudah-alih. Selepas memperkenalkan Ascend Mate dan juga Ascend P2 pada awal tahun ini, kini gambar awal sebuah peranti hadir, dikatakan sebagai Huawei Edge.

Huawei Edge

Huawei Edge ini membawakan rekaan kerangka berasaskan aluminium, menyertakan skrin bersaiz 4.9-inci dengan paparan HD penuh, serta dikatakan dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan bateri berkapasiti 2600mAh dan juga memori 2GB RAM.

Peranti ini juga dikatakan menyertakan Android 4.2 Jelly Bean bersama-sama dengannya. Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan dan berapakah harga jualannya kelak.

Huawei Edge


TIPS & ULASAN